(Video) TERKINI: Gempa Bumi Kuat 7.2 Gegar Haiti, Viral Foto Bangunan Rosak & Runtuhan

Sofea

Satu kejadian gempa bumi yang berkekuatan 7.0 skala Richter dilaporkan telah melanda Rantau Haiti pada jam 8.30 (waktu Malaysia) malam tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi tersebut terletak 18.5° Utara dan 73.3° Barat dengan kedalaman 10 km. 2,296km Selatan dari Washington,USA.

Bagaimanapun, gempa tersebut tidak menimbulkan ancaman tsunami.

Dalam pada itu, gempa dengan kekuatan 7.2 skala Richter telah menggegarkan Port-au-Prince, Haiti sehingga menyebabkan kerosakan teruk pada beberapa bangunan di bandar Jeremie, lapor Mirror UK.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia, Mirror UK, Volcano Dicovery