Satu video melucukan yang memaparkan seekor lembu dihalang pandangannya oleh beberapa orang lelaki telah menjadi tular di media sosial.
Lembu tersebut tampak terpaksa mengangkat dan menundukkan kepalanya kerana ingin tagu apa yang terjadi sebalik kain yang menghalang pandangannya itu.
Menurut portal taman pendidikan, rakaman tersebut diambil semasa Hari raya Aidiladha yang lalu.
Menurut kapsyen pada video tersebut, penglihatan lembu itu sengaja dihalang oleh beberapa orang lelaki yang dipercayai jawatankuasa korban kerana tidak mahu lembu tersebut melihat kawannya sedang disembelih.
Dalam video itu, seekor lembu dapat dilihat berada di kawasan tempat penyembelihan. Di hadapan lembu tersebut, terdapat 2 orang ahli jawatankuasa korban sedang memegang kain bagi menghalang pandangan lembut berkenaan.
Uniknya, lembu itu tampak tetap berusaha untuk melihat juga apa yang ada di sebalik kain tersebut. Dapat dilihat bahawa ia mendongakkan kepala sebanyak beberapa kali. Jawatankuasa korban itu pula terpaksa mengangkat dan menurunkan kain tersebut mengikut pergerakannya.
Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 29 ribu kali.
Sumber: taman pendidikan