Pihak polis dilaporkan telah menahan sekumpulan remaja susulan daripada menyalakan bunga api yang terdapat di ruangan pameran dalam sebuah kedai runcit di Eagan, Minnesota Isnin lalu.
Pihak polis dan pasukan bomba telah digegaskan ke tempat kejadian yang berada di 1500 Central Park Commons Drive itu, menurut jurucakap Jabatan Polis Eagan, Aaron Machtemes. Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran tersebut, namun kepulan asap memenuhi kedai itu.
Tiada kecederaan dilaporkan. Jumlah kerosakan masih belum lagi dikeluarkan.
Tiga remaja lelaki yang berusia 14, 15 dan 16 tahun telah ditahan dan dibebaskan, menurut polis. Pejabat Peguam Daerah Dakota sedang mempertimbangkan pertuduhan.
Kes tersebut masih dalam siasatan.
Sumber: Fox 9