(Video) Tak Sangka, Ini Dinding Hasil Merokok Dalam Bilik Selama 5 Tahun

Sha Rossa

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Tabiat merokok sememangnya diketahui umum boleh mengundang bahaya kepada kesihatan. Ianya bukan sahaja membawa kesan negatif kepada perokok itu sendiri malah boleh juga melibatkan orang sekeliling mereka melalui asap rokok yang dihasilkan.

Menerusi satu video yang dimuatnaik oleh Zeema Zanhuri di akaun TikTok, wanita ini menunjukkan proses pencucian dinding bilik di mana didakwa milik seorang perokok tegar.

Dinding bilik yang ‘kotor’ dikatakan kerana tabiat perokok yang gemar merokok di dalam bilik tersebut dalam tempoh lima tahun selain ubat nyamuk yang juga boleh menjadi faktor dinding melekat kotoran.

Keadaan dinding jelas menunjukkan kotoran berwarna coklat setelah dinding disembur dengan bahan kimia sebelum dibilas semula menggunakan water jet.

Ni baru dinding, macam-mana keadaan paru-paru korang?

Perkongsian tersebut ternyata menarik perhatian ramai warganet yang memberikan pelbagai pendapat. Ada yang berkongsi pengalaman mereka mempunyai ahli keluarga yang merupakan perokok tegar sehingga maut akibat rokok sekaligus boleh dijadikan pengajaran ramai.

Tu baru dinding, belum paru-paru lagi

Kesian kalau ada ibu hamil dan anak-anak kecil di rumah

Sebab ni lah dinding bilik abang aku jadi macam ni

Sumber: TikTok Zeema Zanhuri, Facebook Zeema Zanhuri, Apek Samsuri