Bila basuh kereta, bahagian yang selalu kita tumpukan selalunya bahagian luar kereta. Maklum la, bahagian luar kereta ni antara tempat yang orang akan tengok dulu, kalau kotor lagi senang nampak.
Tapi sebenarnya kebersihan bahagian dalam kereta pun perlu dititikberatkan. Bahagian-bahagian yang jarang dibersihkan ni la akan jadi ‘sarang’ bakteria dan tempat kuman berkumpul.
Tak dinafikan, ramai je yang guna penyedut hampagas atau vacuum untuk sedut habuk-habuk di bahagian dalam kereta. Tapi korang yakin ke bahagian dalam kereta korang betul-betul bersih?
Melalui video yang diunggah di akaun TikTok @bogielopez89, lelaki ni menunjukkan macam mana dia bersihkan tali pinggang keledar sebuah kereta milik pelanggannnya.
Dalam video ni, pengunggah dah tarik siap-siap tali pinggang keledar ke luar kereta. Lelaki ni kemudiannya menyembur air di bahagian tali pinggang keledar kereta tersebut dengan water jet dan hasilnya memang mengejutkan.
Tak sangka macam tu sekali kotor tali pinggang keledar yang kita pakai sehari-hari. Korang boleh tengok sendiri bertapa keruhnya air yang mengalir daripada tali pinggang keledar tu.
“Ingat seatbelt memang ada ‘rasa’ pelik, rupanya…”



“Tak boleh bayang seatbelt sendiri macam mana”



“Baru tahu boleh pakai cara ni…”



Yang tak pernah cuci seatbelt tu mungkin korang boleh guna cara ni, tengok air warna apa pulak yang keluar.
Sumber: TikTok @bogielopez89