Penggunaan bateri sememangnya sangat dominan terutamanya di dalam alatan elektronik yang berkuasa rendah. Antaranya ialah alat kawalan jauh, jam dinding, dan pelbagai lagi. Walau bagaimanapun, perlulah diakui bahawa setiap bateri mempunyai kuasa yang terhad, jadi pengguna perlu menggantikan dengan bateri yang baru.
Bercakap mengenai bateri, mungkin anda pernah berada di dalam situasi di mana bateri baru dan lama yang telah bercampur, dan sukar untuk menentukan manakah bateri yang masih ada kuasa dan yang sudah kehabisan tenaga. Antara jalan yang boleh dilakukan adalah dengan mencubanya di alatan elektronik.
Namun tahukah anda bahawa anda boleh mengenal pasti tahap tenaga pada satu-satu bateri tanpa perlu menggunakan sebarang alat. Seperti yang dikongsikan oleh @jason_jezi di laman TikTok, caranya adalah dengan hanya melihat lantunan bateri tersebut.
Menurutnya, bateri yang masih mempunyai tenaga kuasa akan kekal pada kedudukannya manakala bateri yang sudah tiada tenaga kuasa akan melantun seakan kosong di dalamnya. Untuk lebih mudah faham, lihat video di bawah:
Sumber: @jason_jezi