(Video) Tak Perasan Terbuka Tiba-Tiba, Wanita Digilis Lori Lepas Rempuh Pintu Kereta

Edayu

Sebuah video tular di media sosial menunjukkan satu kejadian ngeri yang dikatakan berlaku di Thailand di mana seorang menunggang motosikal digilis lori selepas mengelak daripada kecuaian orang lain.

Menerusi rakaman video tersebut, seorang penunggang motosikal dikatakan mengelak dan terbabas akibat terlanggar pintu kereta uang dibuka oleh seorang individu yang tidak bertanggungjawab.

Malangnya, mangsa terjatuh di tengah jalan dan digilis dengan sebuah treler yang datang dari arah belakang.

Video yang berdurasi lebih dari 20 saat ini telah mengundang kemarahan orang ramai dan sebagai pengajaran kepada semua tentang etika berada di jalan raya .

Sumber: Santeira