(Video) “Tak Payah Tekan, Sangkut Dan Tarik Je..,” Cara Betul Nak Bagi Kucing Makan Ubat By Sha Rossa 21 Mei 2021 3:58am Berita Bagi pemilik kucing, antara tugas paling mencabar dalam menjaga haiwan kesayangan ini tentunya ketika memberi kucing makan ubat. Silap langkah, boleh habis tangan kita dicakar! Situasi biasa yang dilalui oleh pemilik kucing.Tetapi, dengan teknik dan cara yang betul, sebenarnya sangat senang untuk memberi kucing kesayangan anda makan ubat tanpa dicakar.Menerusi perkongsian sebuah video di TikTok, terdapat dua teknik yang boleh diikuti oleh anda. Kucing bukan sahaja tidak menggelupur dan mencakar, tetapi proses member kucing makan ubat dilihat pantas dan mudah.Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi pelbagai pengalaman ketika memberi makan ubat kepada kucing kesayangan mereka. Ramai nampaknya yang kena cakar!Kucing aku kalau makan ubat tak lekat ‘lima kuku’ tak sah!Nampak senang Dr bagi makan, kucing aku memang menggelupur..Kalau buat dengan kucing Oyen, boleh hilang tangan tuSumber: TikTok ikahazira1234