Satu video yang memaparkan seekor kucing berwarna oren di atas bumbung yang berkelakuan pelik telah menjadi tular di media sosial.
Video tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama @fakrul183.
Kelihatan di dalam video itu bahawa seekor kucing yang berada di atas bumbung sebuah rumah berkelakukan pelik seakan sedang dibelai oleh sesuatu yang tidak dapat dilihat daripada mata kasar.
Kucing itu dapat dilihat berdiri seakan sedang berpaut kepada sesuatu. Mungkin wayar elektrik atau mungkin juga memang terdapat aktiviti paranormal yang berlaku pada ketika itu.
Tidak dapat dipastikan mengenai kesahihan video tersebut. Walaupun begitu, video berkenaan telah menjadi tular dan sehingga kini ianya telah ditonton lebih 4 ribu kali.