Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) telah menyiarkan rakaman suara dari Marikh yang dirakam oleh mereka menggunakan dua mikrofon yang dipasang pada perayau yang dihantar ke planet tersebut.
Menurut NASA mikrofon tersebut dipasangkan pada kenderaan penjelajah NASA, Preserverance. Rakaman suara ini membolehkan ahli sains dan jurutera melihat Planet Merah itu dengan cara baharu.
“Ia seperti kamu betul-betul berdiri disana,” kata Baptiste Chide, seorang pengkaji planet yang mengkaji data dari mikfrofon ini di L’Institut de Recherche en Astrophysique et Planétologie di Perancis.
Perseverance ialah angkasa lepas pertama yang berjaya merakam suara dari Marikh ini menggunkan mikrofon yang sangat teliti ini.
“Bunyi Martian mempunyai getaran bass yang kuat, jadi bila anda menggunakan headphone, anda boleh rasai getaran tersebut. Saya rasa mikrofon ini akan menjadi satu aset penting bagi Marikh pada masa hadapan dan sistem solar,” kata Baptiste Chide lagi.
NASA turut mengajak orang ramai mendengar bersama bunyi yang mereka telah rakam selama lima jam ini.
Bunyi tiupan angin berkenaan agak ‘menakutkan’ memandangkan planet Marikh adalah sebuah planet yang tidak berpenghuni dan sunyi.
Sumber: NASA