Pernah lihat lampu isyarat dipasang di lantai tepi jalan? Ya, sebenarnya di Korea Selatan telah menggunakan lampu isyarat di kawasan pejalan kaki untuk melintas jalan.
Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang wanita yang belajar di sebuah Universiti di Korea menunjuk lampu isyarat disediakan khas untuk orang yang berjalan hanya tengok bawah atau mereka yang terlalu sibuk dengan telefon hingga tidak sempat untuk lihat lampu isyarat di atas untuk melintas jalan.
Difahamkan lampu isyarat ini dipasang untuk mereka yang digelar ‘smartphone zombies’, supaya mereka sentiasa dpaat melihat skrin telefon pintar masing-masing tanpa henti.
Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah cara penyampaian wanita ini sangat menghiburkan ramai orang.
Sumber: Kimserina