
Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia merasai gegaran daripada kejadian gempa bumi dengan magnitud 6.1 pada skala Richter yang melanda Sumatera Barat, pada jam 9.39 pagi tadi.
Antara negeri yang dilaporkan merasa gegaran gempa iaitu Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Berdasarkan foto dan video yang dikongsikan di media sosial, kakitangan di beberapa bangunan kerajaan di Putrajaya diarahkan keluar sejurus gegaran kuat dirasai.
Di ibu kota, para petugas Pertubuhan berita Nasional (BERNAMA), Perpustakaan Negara dan bangunan berhampiran turut keluar dari premis masing-masing bagi mendapatkan perlindungan.
Turut merasa gegaran yang sama, penduduk di kawasan sekitar Shah Alam termasuk pelajar di Management and Science University (MSU).
Sumber: Facebook, TikTok, Instagram, Twitter