Amalan kejut sahur merupakan amalan yang sudah dipraktikkan sejak zaman dahulu lagi. Ia ibarat sebagai penggera kepada penduduk kampung seluruhnya.
Tapi, selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, amalan ini makin ditinggalkan.
Walau bagaimanapun, satu video dipercayai berlaku di Bandar Acheh membuatkan penghuni penempatan di kawasan itu berasa kagum. Suara lunak seorang individu kejut sahur menjadi perhatian.
Difahamkan, momen ini ditunggu-tunggu penduduk kampung tersebut untuk mendengarkan suara kejut sahur ini setiap hari.
Sumber: YouTube Wahyudi Kobin, Twitter Khaiartzfar