Gambar: Freepik

(Video) “Speed Limit Pada Dashboard Bukanlah Maksimum,” Ini Cara Mudah Nak Tahu Kelajuan Sesebuah Kenderaan

Aqmal Ezany

Pasti ramai diantara kita yang mempunyai kenderaan namun tidak menyedari berkenaan suatu perkara ini. Perkara tersebut ialah had laju yang mampu dicapai oleh sesebuah kereta.

Satu akaun TikTok yang bernama cams.auto.tips ni ada berkongsikan tentang sebenarnya had laju maksimum yang tertera di dashboard kereta anda sebenarnya bukanlah maksimum.

Ini kerana, menurut akaun TikTok tersebut, untuk mengetahui had laju maksimum yang sebenar, ianya terletak pada bahagian tayar kereta anda.

Setiap tayar kereta akan mempunyai satu huruf pada bahagian belakang nombor yang tertera seperti di dalam video akaun TikTok itu.

Untk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penjelasan seperti dalam video di bawah:

Sumber: cams.auto.tips