Sofa terkoyak memang sakit mata kalau tengok, senang-senang tukar yang baru je. Mungkin ramai di antara kita yang suka ambil ‘jalan mudah’ dengan menukar sofa baharu. Sedangkan banyak lagi cara dan kaedah yang mudah dan nampak lebih cantik dan menarik.
Tidak dinafikan, kalau hantaruntuk tukar sarung baru memang akan menelan kos yang tinggi tambah-tambah lagi sofa kita itu jenis kulit. Sebenarnya ada cara yang jauh lebih mudah dan murah untuk selamatkan duit orang. Cuba ikut seperti video di bawah, hanya guna tiga bahan je.
“Siapa sofa leather koyak boleh cuba, jimat…“
Bahan yang digunakan hanyalah, leather filler, leather liquid dan kertas pasir (sand paper). Cara-caranya korang boleh rujuk di dalam video ini.
Sumber: Nana Lynaa