Sebelum ini kes-kes pembunuhan dan penderaan banyak berlaku, manusia seperti sudah hilang sifat kemanusian dalam diri sampaikan sanggup melakukan kekejaman sesama mereka.
Perkongsian video seekor orangutan bersama tiga ekor anak harimau di twitter menjadi perhatian warganet. Apabila kasih sayang yang ditunjukan oleh haiwan-haiwan itu walaupun daripada spesis yang berbeza.
Gelagat orangutan itu telah menyentuh hati warganet dan merasakan sifat yang ditunjukan oleh haiwan itu lebih baik berbanding dengan sifat manusia kini.

Mana tidaknya, terlampau banyak kekejaman yang dilakukan oleh manusia. Sampaikan dengan keluarga sendiri pon berasa tidak selamat dan perlu berhati-hati.


Sepatutnya kita belajar dari haiwan-haiwan ini, cara bagaimana mereka membentuk kasih sayang sesama mereka.

Rata-rata warganet tersentuh dengan cara layanan dan keakraban yang ditunjukan oleh orangutan dan tiga ekor anak harimau itu.
Video itu tular dan menjadi nilai moral kepada semua warganet.
Sumber: Twitter