Ingat tak lagi, kisah biri-biri bernama Baarack yang memiliki bulu setebal 34kg sebelum ini?
Gara-gara tak dicukur selama lima tahun, biri-biri domestik itu mengalami masalah pergerakan dek kerana bulu tebal yang memberatkan badannya. Malah, dalam bulu itu juga terselit ranting dan serangga yang ‘menumpang’ biri-biri berkenaan.
Inilah yang hampir berlaku kepada seekor biri-biri jenis babydoll yang akhirnya dicukur oleh @rightchoiceshearing ini.
Kongsi @rightchoiceshearing, hanya dalam tempoh satu tahun sahaja, bulu biri-biri itu menjadi cukup tebal sehingga menutupi matanya.
Malah, ia memerlukan masa tujuh minit untuk mencukur keseluruhan bulu haiwan berkenaan berbanding kebiasaannya yang hanya mengambil masa tiga minit sahaja.
Dalam video tersebut, kelihatan si biri-biri seakan ‘pasrah’ membiarkan bulunya ‘ditebas’ manusia.
Rakaman ketika haiwan itu dicukur telah menarik perhatian lebih 61.8 juta penonton di laman tersebut yang teruja dengan kecomelan biri-biri berkenaan.







Kebiasaannya, biri-biri akan dicukur setiap tahun bagi mendapatkan bulu mereka yang seterusnya bakal diproses menjadi benang.
Menurut North Dakota State University, proses mencukur bulu biri-biri juga penting bagi mencegah penempelan kotoran dan air kencing yang boleh menyebabkan jangkitan parasit terhadap haiwan berkenaan.