Tular sebuah video yang memaparkan penampakkan sosok misteri yang didakwa menyerupai seorang wanita.
Difahamkan video terbabit adalah milik seorang Youtuber berasal dari negara jiran yang merupakan seorang peramal perubatan berkaitan alam mistik.
Dalam rakaman berdurasi 2.20 minit itu, kelihatan entiti seakan-akan seorang wanita berbaju putih berdiri di atas pokok kelapa.
Kelibat yang dipercayai sebagai pontianak itu tetap tidak berganjak wauaupun sudah disuluh beberapa kali oleh si perakam.
Video itu ‘menyelubungi’ laman twitter serta menimbulkan mood seram di dinding media sosial yang lantas dipenuhi oleh pelbagai reaksi serta komen dari warga net.





Tak ketinggalan, ada juga netizen yang berseloroh tentang insiden tersebut.



Malah ada juga di kalangan orang ramai yang mendakwa bahawa video itu hanyalah untuk rekaan semata-mata dan penampakkan itu adalah palsu.

Sumber: Twitter