Kewujudan jin dan alam ghaib sememangnya tidak dapat dinafikan. Terdapat pelbagai kisah misteri dan aneh yang kadang-kala tidak dapat ditafsirkan dengan akal dan fikiran manusia.
Seperti kemunculan makluk ghaib berupa seorang wanita berambut panjang atau lebih terkenal dengan gelaran ‘pontianak’ dalam kalangan masyarakat melayu.
Video yang memaparkan kehadiran makhluk berkenaan dimuatnaik oleh akaun TikTok bayupdq78 dan meraih 400 ribu tontonan oleh warganet hanya dalam tempoh 24 jam.
Pada mulanya, individu tersebut merakam ke arah sebuah rumah yang usang sambil memanggil ‘kak pon’ sebelum makhluk itu didakwa muncul di tepi tingkap dengan pakaian serba putih. Meremang!
Kakak cantik jenguk kat tingkap!
Meninjau ke ruangan komen, sebilangan warganet mengakui ‘melihat’ kehadiran ‘kakak ponti’ itu yang sedang mengintai di tepi tingkap.
Ada di antaranya yang memuji keberanian pemilik video yang tidak melarikan diri sebaliknya masuk ke dalam ruangan rumah untuk melihat sendiri kehadiran makhluk berkenaan secara lebih dekat.
Dia ‘akak’ kan aje pontianak tu




Kat tepi tingkap belah kanan


Ingatkan nak lari, rupanya nak pergi tengok dekat

Nampak macam siang hari, rupanya tengah malam

Sumber: TikTok bayupdq78