Satu kelibat yang didakwa sebagai UFO sedang “mengeluarkan dua objek” di langit Brazil pada waktu malam berjaya dirakam.
Video tersebut dilaporkan dirakam di Vera Cruz, Rio Grande do Sul, pada 8 Ogos jam 12.30 pagi waktu tempatan.
Video yang memaparkan satu objek seakan berapi tampak mengeluarkan dua objek kecil yang terang daripada objek tersebut.
Rakaman itu asalnya dimuat naik di YouTube bernama Diego Santos, namun ianya telah dikongsikan semula oleh channel paranornal bernama Hidden Underbelly 2.0 dengan ulasan tambahan.
Dia berkata: “Mari kita lihat rakaman ini, ianya datang dari Brazil, dari objek yang terang ini.
“Perhatikannya dengan lebih teliti kerana ianya melepaskan dua objek lain.”
Dia melanjutkan: “Kerana objek ini sangat terang, kita pastinya dapat melihat lampu navigasi jika ada.”
YouTuber itu menyatakan bahawa tidak mungkin ianya adalah helikopter atau pesawat kerana undang-undang mengharuskan pemiliknya untuk mempunyai lampu pada kenderaan ini.
Dia menggambarkan pelepasan objek tersebut sebagai “tak masuk akal” dan menambah: “Ada di dalam rakaman itu sebelum rakaman tersebut terhenti.”
Dengan menyatakan bahawa ianya mungkin merupakan pesawat melancarkan pesawat yang lebih kecil, dia berasa tidak begitu yakin dan bertanya kepada penonton pendapat mereka mengenai rakaman berkenaan.
Video tersebut pun lantas menjadi tular. Sehingga kini ianya telah mendapat lebih 3 ribu tontonan.
Sumber: Daily Star