(Video) Seorang Diri Dalam Wad, Abang Ni Dakwa Disergah Kelibat Tengah Main Langsir

Sofea

Boleh dikatakan bahawa hospital menjadi salah satu lokasi yang didakwa dipenuhi dengan kisah-kisah seram terutama pada waktu malam. Khususnya bagi pesakit dan petugas di hospital, ada sesetengah dari mereka yang kerap diganggu oleh ‘entiti’ tersebut.

Seperti yang dialami oleh seorang pengguna TikTok ini yang mendakwa bahawa telah diganggu ketika di dalam sebuah hospital.

Menurut @mrwongtokmie, dia yang merupakan pesakit di hospital itu tidak dapat tidur lena kerana terdengar bunyi yang aneh di sekitar katilnya.

Dia juga sempat merakam ketika langsir di hospital itu bergerak dengan sendiri dan bila diperhatikan, tiada kelibat manusia yang berada di sebalik langsir tersebut. Melihat keadaan itu, dia terus tidur dan menyelimutkan diri walaupun sudah merasa cuak. Ketika itu juga, bunyi yang kuat kedengaran sehingga membuatkannya terkejut.

Bukan itu sahaja, ‘benda’ tersebut juga dilihat bermain-main dengan lampu di dalam wad itu.

Tidak lama selepas itu, kelibat ‘seseorang’ yang membelakangi lelaki itu dapat dilihat di dalam video tersebut. Ia muncul dalam beberapa saat dan terus menghilang.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 15.9 ribu tontonan di TikTok.

Makcik cleaner kot

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut merasa seram melihat video itu dan ada juga yang berkongsi mengenai pengalaman mereka di hospital.

Sumber: mrwongtokmie