Pulau Langkawi yang terletak di negeri jelapang padi, Kedah merupakan salah satu destinasi pelancongan yang cukup popular di negara ini. Selain memiliki pantai Chenang, pulau ini juga sering ‘diburu’ oleh penggemar makanan bercoklat.
Dalam masa sama, Tugu Helang di pulau ini menjadi ikon utama. Kehadiran kebanyakan pelancong ke sini bagaikan ‘tidak sah’ kalau tidak bergambar di dataran bersebelahan laut yang berlatarbelakangkan seekor helang ‘batu’ gergasi.
Bagaimanapun apabila pandemik Covid-19 mula ‘menyerang’ negara sejak awal tahun lepas, Pulau Langkawi yang dahulunya meriah dengan pelancong, kini semakin ‘mati’ perlahan-lahan. Apatah lagi keadaan tidak mengizinkan untuk pelancongan domestik berjalan.
Baru-baru ini, seorang peniaga, Larra Aida memuat naik beberapa rakaman video yang memaparkan keadaan terkini di Langkawi. Berdasarkan video-video tersebut, kelihatan sejumlah deretan kedai di sana seakan-akan bertukar menjadi ‘bandar hantu’.
Selain itu, Pantai Chenang yang dahulunya sangat meriah dengan pengunjung, kini telah sunyi-sepi. Bak kata Larra Aida, ‘dah jadi macam pulau zombi’. Sangat lengang. Malah hotel-hotel di sana pun turut terkena tempiasnya.
Menginjak ke kawasan bandar pula, kata Larra, selama ini sekitar pukul 6 petang bandar itu sangat sesak dengan kenderaan pelancong yang datang untuk mencari coklat. Tapi kini, tidak lagi. Jom ikuti video-video Larra di bawah ini.
Sumber: TikTok Larra Aida