Kredit: @liayln

(Video) Selalu Cakap Nak Nikah Paling ‘Last’, Sekali Kawan Semua Dah Nikah Terus Tinggal Seorang, Gadis Sedih Tapi Belajar ‘Sesuatu’

Amira

Selalu tak korang bergurau dengan kawan, “Biar aku jadi yang last kahwin” atau “Kau kahwin dulu, aku kemudian.”

Sedar tak sedar, kata-kata berulang kali itu akhirnya menjadi kenyataan. Seorang demi seorang kawan-kawan kita melangkah ke jinjang pelamin hingga akhirnya, tinggal kita sendiri yang belum berpunya.

Kita pula, sedih dalam gembira. Sebak apabila sahabat dikasihi akhirnya menjadi milik orang, tapi dalam masa yang sama tumpang gembira dengan kebahagiaan mereka.

Mungkin inilah yang dirasai oleh ramai antara kita, termasuk seorang gadis bernama @liaylni atau Yaya ini.

Menerusi video perkongsiannya, dia seringkali berkata ingin menjadi yang terakhir berkahwin setiap kali berbicara tentang pernikahan bersama enam sahabatnya yang lain.

Selama 14 tahun persahabatan mereka, Yaya menyaksikan seorang demi seorang sahabatnya menjejakkan kaki ke jinjang pelamin, sehinggalah meninggalkan dirinya sendiri.

“Dulu siapa yang nikah dulu, aku jawab, aku yang terakhir. Lalu Kiki jadi orang pertama menikah. Dua tahun, Mia menyusul. Di tahun yang sama, Upeh pun menikah. Dewi menjadi orang keempat.

“Tak disangka-sangka Novi juga menikah. Tadi siang, Eca rasmi jadi isteri orang.

“Dan akhirnya, tinggal aku sendiri. Ya sedih, cuma aku belajar satu hal, bahawa setiap ucapan adalah doa,” katanya.

Benar, jodoh adalah rahsia tuhan. Namun kata-kata juga adalah doa.

Sumber: @liayln