Korang pernah tak ketika tengah ‘syok’ mandi di sungai, tiba-tiba air sungai yang asalnya tenang tu bertukar jadi ‘lain macam’? Seakan-akan ada gelombang air yang besar muncul tiba-tiba dari hulu.
Itulah yang dinamakan fenomena kepala air. Kalau ada yang tak tahu, kepala air ni biasanya akan terjadi apabila cuaca hujan lebat turun di kawasan itu pada ketika itu.
Setelah hujan lebat turun di kawasan hulu, gelombang air yang besar sebagai ‘pemula’ akan mengalir dari hulu sungai atau air terjun menuju ke sungai utama.
Bahayanya kepala air ini adalah ia membawa arus yang sangat deras. Sebab itulah jika kepala air ini muncul, langkah pertama yang korang kena buat adalah selamatkan diri dulu ke daratan.
Selain arus deras, ia juga berupaya ‘membawa’ sekali segala macam benda yang hanyut di sungai seperti kayu balak, batu, keladak, dahan besar dan bermacam-macam lagi. Tak kurang juga, ia akan ‘beraksi’ ganas dengan merempuh segala-galanya yang ada di arusnya.
Baru-baru ini, pengguna TikTok Maria Mell berkongsi rakaman ‘ngeri’ kedatangan kepala air di sebuah sungai. Detik cemas ini difahamkan disaksikan oleh mata kepalanya sendiri. Jom ikuti video ini.
Sumber: TikTok Maria Mell