
Bayangkan anda sedang asyik menikmati makanan, tiba-tiba ada kasut singgah di atas pinggan.
Video yang memperlihatkan aksi seorang kanak-kanak memberi ‘lauk tambahan’ kepada lelaki yang sedang makan ini sangat mencuit hati.
Kanak-kanak tersebut tidak sengaja melemparkan kasutnya lalu mendarat ke dalam pinggan lelaki itu.
Dalam video yang diunggah oleh akaun TikTok @redreddot, terlihat seorang lelaki yang sedang membelek telefon bimbit sambil menyantap makanan yang berada dihadapannya.
Berdekatan lelaki tersebut, ada dua orang kanak-kanak lelaki sedang bermain-main. Salah seorang daripada kanak-kanak itu menghayunkan kakinya seakan-akan menendang.
Dengan tak semena-mena, kasut kanak-kanak itu terlepas dan melambung ke udara. Lebih mengharukan lagi, kasut yang terpelanting itu mendarat betul-betul di atas pinggan lelaki yang sedang makan tadi.
Mengetahui kasutnya melayang ke pinggan lelaki malang itu, kanak-kanak empunya kasut bergegas menghampirinya dan mengambil semula kasut yang terlepas tadi.
Lelaki yang terkejut dengan “lauk tambahan” itu terpinga-pinga sejenak dan hanya mampu memberi semula kasut milik kanak-kanak lelaki itu.
Warganet yang menonton video singkat ini memberi pelbagai reaksi. Kebanyakannya hanya mampu ketawa dengan telatah kanak-kanak lelaki yang seperti tidak bersalah itu.




SUMBER: BeritaHits.id, TikTok @redreddot