Kredit: @raini.03

(Video) Sebak, Gadis ‘Terdiam’ Bila Murid Lain Bagi Bunga Pada Ibu Masing-Masing, Teruskan Nyanyian Seorang Dalam ‘Tangis’

Amira

Salah satu memori bermakna semasa zaman persekolahan ialah menyertai persembahan sempena hari istimewa seperti hari ibu, bapa ataupun hari guru. Lebih membanggakan bila dapat buat persembahan bersaksikan orang tua yang menghadiri majlis berkenaan sebagai sokongan.

Pun begitu, mungkin ada murid yang nasibnya sedikit berbeza sepertimana gadis muda ini yang mempersembahkan lagu berjudul ‘Ibu’ di sekolahnya.

Menerusi video @raini.03 yang dikongsikan semula oleh Suara.com, persembahan di sekolah rendah itu dilakukan bagi mengajar rasa terima kasih kepada orang tua sekaligus ibu masing-masing yang menghadiri acara tersebut.

Selepas tamat nyanyian, murid-murid kemudiannya menghampiri ibu mereka untuk memberikan bunga di tangan. Namun seorang murid membuatkan orang ramai berasa tersentuh apabila dia hanya berdiri setempat sendirian sambil melihat rakan-rakannya berjalan pergi.

Beberapa saat kemudian, kelihatan seorang wanita dipercayai gurunya tampil memeluk erat gadis tersebut diikuti rakan-rakannya. Menurut perkongsian pemilik video, gadis itu telah kehilangan ibunya, membuatkan dia tidak dapat memberi bunga tersebut kepada si ibu sepertimana rakan-rakannya yang lain.

Detik sebak itu telah menyentuh hati orang ramai yang menonton video berkenaan.

Sayangi orang tua kalian selagi ada

Terus menangis tonton video; Teringat ibu yang sudah meninggal

Moga jadi anak solehah

Tonton videonya di bawah.

Sumber: Suara.com, Makassar Info, @raini.03