Seakan-akan tidak takut dengan ‘musuh’, satu rakaman memaparkan ratusan ikan berenang bersama-sama ikan jerung putih yang kelihatan ganas dan menakutkan di lautan Afrika Selatan. Jerung Putih itu dikatakan telah memberi ‘rawatan spa’ kepada ratusan ikan yang lain, lapor Daily Mail.
Kulit ikan jerung putih yang bertekstur sedemikian dapat menjadikan kulit ikan tersebut sebagai tempat ideal untuk mengikis parasit dan juga bakteria.
Bilangan ikan yang menerima ‘rawatan spa’ tersebut adalah berbeza-beza dan dikatakan lebih 100 ikan yang menerima rawatan tersebut pada satu-satu masa.
Walaupun ikan jerung putih ini amat berbahaya buat para marin tetapi ikan ini kelihatan menarik bagi ikan-ikan yang lain berikutan ‘spa day’ yang diterima oleh mereka itu dapat memberi rawatan kepada ikan-ikan lain untuk menyingkirkan parasit dan bakteria pada mereka.
Rakaman drone yang dirakam oleh ahli biologi marin di Universiti Miami telah menunjukkan rakaman kejadian ‘spa day’ itu.
Penyelidik mendapati lebih daripada 47 jenis ikan berbeza yang telah bergesel dengan badan jerung putih itu.


Penyelidik merekodkan sedozen ikan yang bergesel dengan lapan spesies jerung berbeza termasuk jerung putih.
Sumber: Daily Mail