Seperti manusia, seekor cimpanzi mengagumkan warganet kerana dilihat sangat rajin membersihkan kandangnya.
Aksinya itu telah dirakam dan tular di Twitter sejak beberapa hari yang lalu.
Menerusi ciapan Animals World, cimpanzi itu tinggal di dalam kandang di Zoo Tallinn, Estonia.
Ia dilihat sedang membersihkan lantai dan cermin tingkap dengan sangat teliti seperti manusia.
Gelagatnya itu telah menarik perhatian dan ramai yang memuji kerajinan haiwan tersebut.
Sumber: Animals World