Tiada Kategori

(Video) Seakan-akan Meratapi Pemergian ‘Sahabat’, Aksi Kucing Ini Mengiau Sedih Buat Netizen Sebak

Nur Adnin

Siapa yang ada membela kucing di rumah, pasti sudah cukup ‘kenal’ dengan ragam dan perangainya dari pagi hingga ke malam. Tapi sekiranya si comel itu mati, insan pertama yang pasti akan menangis kesedihan ialah tuannya sendiri.

Mana tidaknya, mereka sudah hidup bersama seperti anak kandung sendiri sejak sekian lamanya, tiba-tiba sakit dan akhirnya mati meninggalkan tuannya seorang diri.

Namun apa yang dirakam dalam video ini memang menyentuh hati kita semua. Berdasarkan video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok Im Penny ini, seekor kucing dipercayai telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Bagaimanapun apa yang membuatkan situasi itu sebak adalah terdapat seekor lagi kucing yang mengiau sedih meratapi kematiannya. Jika dilihat pada riak matanya, besar kemungkinan kucing ini terlalu sedih melihat rakannya kaku dan ‘pergi’ di depan matanya sendiri. Mari tonton video ini.

Rakaman sebak ini tular dan mendapat maklum balas hiba daripada kalangan netizen. Ramai yang turut bersedih atas pemergiannya itu.

Sumber: TikTok