Baru-baru ini tular di Indonesia mengenai satu video yang memaparkan perbezaan umur yang ketara di antara pasangan suami isteri.
Menurut Tribun News, video yang dimuatnaik oleh @Jennypuspita_11 di TikTok itu memperlihatkan foto seorang kanak-kanak memakai baju sekolah, seorang anggota polis dan foto pernikahan.
Menurut keterangan di video itu, wanita tersebut berkata dia masih lagi di tadika ketika suaminya sudah menjadi seorang pegawai polis.
“2004 aku masih di tadika, dia sudah menjadi polis,” katanya.
Dia bertemu dengan suaminya pada tahun 2016 dan dua tahun selepas itu mereka memutuskan untuk berkahwin. Kini di tahun 2021, wanita itu berharap perkahwinannya akan kekal selamanya.
“2021 dan selamanya, semoga tetap selalu bersama,” katanya.
Video itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan ada yang tidak percaya kerana perbezaan umur yang terlalu ketara.
Tidak ingin ada salah faham, wanita itu menegaskan bahawa dia bukan orang ketiga atau perampas kerana suaminya itu merupakan seorang duda ketika mereka pertama kali bertemu.
“Tak salah kan menikah dengan duda? Aku hanya mencari yang mencintai aku setulus hatinya. Mencari lelaki yang bertanggungjawab dan akan menemukan itu pada dirinya,” tulisnya.
BACA: Kenapa Ragu-ragu Nak ‘Bermadu’ Kalau Boleh ‘Bermadu’ Tanpa Rasa Ragu-ragu? Ini Pesanan Untuk Anda
Sumber: Tribun News