Gambar: Afifie Chan

(Video) Satu ‘Remote’ Boleh Kawal Banyak Lampu, Pemuda Kongsi ‘Downlight’ Sesuai Untuk Bilik Dan Almari Korang

Amira

Lampu hiasan khususnya jenis downlight merupakan pelengkap dekorasi bilik atau almari. Bukan sahaja memberi pencahayaan kepada almari, ia juga membuatkan ruangan anda tampak eksklusif dan mewah.

Bagi anda yang ingin berjimat, lampu downlight jenis LED adalah pilihan yang tepat kerana ia lebih cekap elektrik. Malah, dengan adanya lampu LED yang menggunakan kuasa bateri sahaja, kerja-kerja dekorasi anda akan menjadi lebih mudah. Tak perlu bersusah payah menebuk lubang untuk pendawaian, hanya lekat sahaja lampu ke tempat yang diinginkan.

Seperti yang dilakukan saudara Afifie Chan ini. Kongsinya, kesemua 12 buah lampu LED mini yang dilekatkan di dalam almari dan rak di biliknya boleh dikawal dengan hanya menggunakan alat kawalan jauh sahaja.

Ia juga tidak memerlukan pendawaian, sebaliknya dihidupkan dengan bateri yang boleh dicas semula. Bateri juga boleh diganti dengan mudah dengan hanya memutarkan lampu untuk membuka atau melekatkannya semula pada rak atau siling.

Anda boleh mencari ‘wireless remote control led cabinet light’ di Shopee atau klik di sini.

Sumber: Afifie Chan