Sebuah letupan dahsyat dilaporkan terdengar di ibu kota Kabul sebentar tadi. Menurut laporan AFP, letupan tersebut turut didengari wartawan AFP, beberapa jam selepas pihak Amerika Syarikat memberi amaran kemungkinan berlaku serangan.
Pihak keselamatan dari kerajaan Afghanistan terdahulu memaklumkan kepada AFP, bunyi letupan tersebut datang dari sebuah roket yang dilancarkan.
Memetik laporan AFP, pihak keselamatan tersebut mendapat maklumat dalaman yang mengatakan roket itu dipercayai mengenai salah sebuah rumah warga di Kabul.
Video selepas kejadian turut dimuatnaik salah seorang wartawan, Barzan Sadiq di laman Twitternya.
Sumber: AFP, Barzan Sadiq