Perayaan Hari Krismas akan kembali beberapa minggu sahaja lagi dan masyarakat Kristian telah melakukan persediaan awal untuk menyambut perayaan tersebut.
Seperti yang diketahui, ada seorang figura yang sangat sinonim dengan Hari Krismas iaitu Santa Claus yang sangat ditunggu-tunggu terutama oleh golongan kanak-kanak.
Mungkin ada yang mengganggap bahawa menjadi Santa Claus adalah sangat mudah iaitu dengan hanya memberikan hadiah namun sebaliknya mereka juga perlu mempunyai kepakaran yang tersendiri.
Disebabkan itu, wujudnya sebuah sekolah di London yang dikhaskan untuk mengajar mengenai ‘basic’ yang perlu ada bagi menjadi seseorang Santa.
Sekolah yang menyambut 23 tahun pembukaannya itu mengadakan kelas bagi melihat bagaimana persediaan ‘penghibur’ dari segala aspek seperti kostum yang sempurna, tahu mengenai jenis mainan yang paling diminati oleh kanak-kanak pada tahun ini dan tahu untuk menjawab soalan daripada kanak-kanak.
Semua Santa juga perlu tahu untuk mengucapkan ‘Merry Christmas’ dalam pelbagai bahasa lain dan menghafal nama-nama rusa.
Sumber: ABC News