Hidup berjiran semestinya memerlukan kerjasama dan keprihatinan yang tinggi. Berbuat baik terhadap jiran sangat dituntut supaya kawasan perumahan sekitar berada dalam keadaan harmoni.
Sikap suka membantu dan prihatin terhadap jiran semakin banyak boleh dilihat terutamanya yang telah dikongsikan di media sosial.
Seperti satu video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ini, jirannya sangat berbaik hati dan bertimbang rasa untuk menolongnya semasa ketiadaannya di rumah.

Menurutnya, semasa dia tiada di rumah, jirannya itu telah menolongnya dengan menghabiskan masa serta tenaga untuk menarik kain jemuran yang dijemurnya ke bawah bumbung daripada terkena hujan.


Sumber: Nur Syazana Izham