Satu video yang memaparkan seorang anggota bomba memandikan seekor ular telah menjadi tular di media sosial.
Video tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok bernama @memey_6966.
Video itu memaparkan seorang anggota bomba yang tampak bersahaja memandikan seekor ular seakan-akan sedang memandikan kucing.
Mungkin pengalaman berhadapan dengan haiwan pemangsa itu menjadikannya tidak gentar untuk secara bersahaja memandikannya seakan sama dengan haiwan peliharaan.
Video tersebut telah menjadi tular, sehingga ini ianya telah ditonton lebih 100 ribu kali.
Rata-rata warganet yang menonton video tersebut berasa kagum dengan keberanian anggota bomba berkenaan.







Sumber: memey_6966