
Kreativiti tiada sempadan. Malah, banyak teknologi digunapakai hari ini berjaya dicipta hasil imaginasi yang pernah dianggap gila.
Pesawat, bahtera hinggalah kereta terbang, ketiga-tiga ciptaan ini tidak lagi dianggap mustahil, malah giat dibangunkan dari masa ke masa.
Baru-baru ini, sebuah laman di Facebook, Within Nigeria berkongsi video seorang remaja lelaki menghasilkan ‘generator’ menggunakan kotak.
Alat itu kelihatan dilengkapi dengan palam pencucuh, pendawaian dan suis tersendiri.
Teruja dan ingin tahu, perakam meminta remaja berkenaan untuk menghidupkan ‘generator’ tersebut.
Biarpun tidak berjaya dihidupkan, remaja itu mendapat respon menggalakkan daripada pengguna media sosial yang percaya akan potensinya.





Mari tonton videonya di bawah.