Seorang remaja lelaki cedera di kepala didakwa akibat ditimpa tiang pagar rumah di sebuah kawasan perumahan di Rawang.
Dalam gambar dikongsikan pengguna Twitter, Abe J melalui Brotherhood Rawang, remaja itu terduduk di halaman rumah dengan kepala berbalut.
Beberapa kesan tompokan darah turut dapat dilihat pada lantai halaman rumah berkenaan.

Dalam gambar yang lain, kelihatan tiang pagar yang memisahkan dua buah rumah terbalik ke halaman.

Abe J turut berkongsi video binaan pagar berkenaan yang boleh digoyang dengan hanya menggunakan tangan.
Sumber: Abe J (Brotherhood Rawang)