(Video) Ramai-Ramai Tolong Angkat, Alih Kereta, Bagi Laluan Trak Bomba Dalam Misi Padam Kebakaran

Sofea

Pasukan bomba yang menerima panggilan kecemasan bagi memadam kebakaran di sebuah apartmen terpaksa menangguhkan misi menyelamat mereka selama beberapa minit kerana dilihat ‘disekat’ oleh sebuah kereta yang diletak di tepi jalan.

Pun begitu, mereka dibantu oleh orang ramai mengalihkan kereta tersebut.

Dalam satu video yang dimuatnaik oleh Daily Mail, orang ramai yang berada di situ dilihat cuba sedaya upaya untuk mengalihkan kereta itu.

Pada awalnya, mereka tidak berhasil melakukannya kerana kekurangan orang namun tidak lama selepas itu muncul yang lain bagi membantu dan setelah itu mereka berjaya mengalihkan kereta tersebut.

Bomba terus bergegas ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran di sebuah apartmen yang juga turut dipaparkan di dalam video.

Hasil kerjasama mereka dipuji oleh warganet dan mereka dianggap sebagai hero.

Sumber: Daily Mail