Dua buah kapal maritim negeri Johor iaitu KM Nipah dan KM Sibuan telah bekerjasama melakukan ujian penembakan senjata Meriam Oerlikon 20MM di perairan Johor baru-baru ini.
Ujian tersebut dilakukan untuk menguji tahap kesiapsiagaan dan keberkesanan senjata tersebut di samping dapat menguji tahap kemahiran kru.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ada berkongsikan tentang video serta tujuan ianya dilakukan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian itu seperti berikut:
Sumber: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia