Musim haji pada tahun ini telah bermula dengan jemaah yang dihadkan dan hanya terdiri daripada warganegra Arab Saudi serta beberapa orang warganegara lain yang diberikan kebenaran.
Ditengah-tengah pandemik Covid-19 yang dihadapi, suasana dalam melaksanakan ibadah haji pastinya berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini iaitu dengan mengamalkan penjarakan sosial bagi mengelak dari jangkitan virus tersebut.
Dalam pada itu, media sosial semalam dibanjiri dengan pelbagai video dan gambar-gambar yang menyaksikan kain kiswah yang ‘menyelimuti’ Kaabah telah ditukar.
Menerusi laman Twitter Haramain Sharifain, dapat disaksikan detik-detik semasa kain kiswah itu diusung dan dibawa masuk ke perkarangan kaabah serta semasa ianya ditukar.
Kain kiswah yang disulami dengan ayat-ayat Al-quran itu ditukar dengan mengunakan beberapa tali dan dapat dilihat penukaran tersebut melibatkan usaha kerja ramai petugas.
Ikuti perkongsian di bawah untuk melihat detik-detik kain kiswah ditukar.
Sumber: Haramain Sharifain