Seorang wanita berusia 77 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dia terjatuh ketika dalam operasi menyelamat bagi mangsa Taufan Hagibis yang berlaku di Jepun baru-baru ini.
Insiden itu berlaku ketika pasukan penyelamat dalam usaha untuk membawa wanita berkenaan ke dalam helikopter yang telah bersedia di ruang udara.
Ketika operasi itu hampir berjaya, dengan secara tidak sengaja wanita berkenaan terjatuh dari ketinggian 40 meter. Perkara ini berlaku berikutan kru penyelamat tidak memasang tali kepada mangsa dengan betul.
Menurut salah seorang anggota yang terlibat dalam operasi berkenaan, mereka sangat menyesal dengan kejadian itu.
Operasi menyelamat dijalankan bagi membantu rumah wanita berkenaan yang ditenggelami banjir setinggi 50 sentimeter.
Sumber: Japantimes / Kelab Info Malaysia