
Terkena gigitan kerengga ni sakit tapi lagi sakit jika ditinggalkan. Bila kita dah usaha sama-sama, susah sama-sama tapi kena tinggal mesti pedih kan?
Begitu juga dalam persahabatan atau apa-apa perhubungan, jika kita ditinggalkan sudah pasti terasa sakit. Walaupun sering kali kita dengar belajar untuk bekerjasama seperti semut mahupun kerengga, tetapi jika kita dah usaha sama-sama tapi pada akhirnya kita ditinggalkan siapa je yang tak rasa sedih.
Begitulah dapat digambarkan mengenai satu rakaman video yang pada mulanya memaparkan kerjasama bagi tiga ekor kerengga. Apa tidaknya, pada permulaan, seekor kerengga sedang membantu rakan-rakannya untuk panjat daun, tapi pada akhirnya, ia ditinggalkan sendiri manakala kedua-dua rakannya terus beredar.
Video ini memperoleh jumlah tontonan yang sangat memberangsangkan iaitu 7.5 juta, hampir mencecah 8 juta tontonan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kelihatan sedih melihat situasi kerengga yang terakhir itu. Ada juga yang turut berkongsikan peribahasa yang boleh menggambarkan situasi tersebut.




Sumber: TikTok jcastaneda12