Gambar Via Insider

(Video) Profesor Ini Cipta Tandas Unik, Tukar Najis Kepada Tenaga Elektrik & Jana Duit Saat ‘Melabur’

Sofea

Kecanggihan teknologi pada masa kini memperlihatkan bahawa segala perkara yang selama ini dirasakan mustahil dan tidak masuk akal ternyata boleh berlaku.

Sama seperti yang berlaku di Ulsan National Institute of Science and Technology (UNIST), Korea Selatan ini, beberapa orang profesor dilaporkan telah mereka sebuah tandas yang mengubah najis seseorang menjadi sumber tenaga.

Menurut Insider, pelajar yang menggunakan tandas itu juga akan mendapat 10 unit matawang digital yang dipanggil Ggool setiap hari. Ia seterusnya akan digunakan untuk membeli barang seperti pisang, alat tulis dan mi segera.

Tandas itu diberi nama ‘BeeVi’ iaitu versi yang dipendek dari ‘Tandas seperti Lebah yang mempunyai Penglihatan’. Penciptaan tandas tersebut adalah dengan tujuan untuk mencapai kelestarian dan lebih mesra alam.

Difahamkan, BeeVi menggunakan vakum dan sedikit air untuk ‘mengirim’ najis dari tandas ke tangki bawah tanah dan bioreaktor.

Metana dari najis pula akan diubah menjadi sumber tenaga untuk peralatan di bangunan institut tersebut termasuk untuk dapur gas, pemanas air dan sel bahan bakar yang menghasilkan elektrik.

Sementara itu, Profesor Cho Jae-Weon mengatakan bahawa kebanyakan najis yang dikeluarkan oleh seseorang pelajar untuk satu hari boleh menggerakkan kereta.

“Jika kita berfikir di luar kotak, najis memiliki nilai berharga untuk bertukar menjadi sumber tenaga dan baja,” katanya.

Seorang pelajar yang telah membeli barangan di pasar menggunakan matawang Ggool mengatakan bahawa dia kini ‘memandang’ najis sebagai ‘harta karun’ yang sangat berharga.

“Saya bahkan bercakap mengenai najis semasa waktu makan kerana memikirkan untuk membeli buku yang saya mahukan,” katanya.

Sumber: Insiders, SCMP