(Video) Producer Lambat ‘Switch’ Kamera, Penyampai Berita BBC Kantoi Pakai ‘Boxer’ Ketika ‘Live’

Nur Adnin

Mengejutkan. Itulah yang boleh dikatakan mengenai kejadian yang menimpa penyampai berita BBC ini apabila dia ‘terkantoi’ tidak berpakaian lengkap semasa sedang bersiaran langsung.

Kisahnya begini. Ketika ini laporan berita BBC akan bersiaran secara langsung di kaca televisyen seperti biasa. Jadi sudah tentu penyampai beritanya, Shaun Ley, 51, akan bersedia di meja.

Apabila floor manager mengira 10 saat terakhir sebelum bersiaran, maka semua kamera sudah bersedia untuk ‘beraksi’ di posisi masing-masing.

Sehinggalah tepat waktu berlangsung, penyampaian berita pun bermula. Namun, berlaku sesuatu yang ‘tak kena’ apabila kamera ‘terakam’ keadaan Shaun Ley dari sudut tepi.

Tidak dijangka, rupa-rupanya Shaun Ley bersiaran langsung di hadapan skrin yang ditonton oleh jutaan penonton dalam keadaan hanya memakai ‘boxer’ sahaja.

Biasanya dalam siaran langsung, producer akan menggunakan view dari kamera kren beberapa saat sebelum memaparkan view kamera utama di depan penyampai berita.

Namun kali ini lain pula jadinya. Malah lebih memalukan, Shaun sendiri mungkin tidak sangka yang kelakuannya itu ‘termasuk’ dalam siaran langsung. Habislah, kantoi satu dunia!

Walaupun hanya beberapa saat, kejadian mengaibkan ini menjadi viral dan menjadi perbualan netizen. Ada netizen membahaskan isu ini di laman Twitternya.

Apabila merujuk laporan semasa, rupa-rupanya Shaun Ley telah memberi alasan memakai seluar pendek adalah kerana cuaca dikatakan begitu panas pada hari kejadian.

Sebab itu dia ‘terpaksa’ berbuat begitu. Tidak tahan panas agaknya. Namun benda pun dah viral, nasi dah menjadi bubur.

Entah apalah agaknya reaksi kru-kru dalam control room tu. Mesti producer kelam-kabut suruh kru ‘switch’ kamera tu cepat-cepat kan?

Sumber: Daily Mail / Twitter