Pada malam ini, secara rasminya kita akan memasuki bulan Ramadan dan bakal menunaikan ibadah puasa selama sebulan.
Sudah tentu, pesta ibadah juga akan bermula dengan pelbagai aktiviti seperti solat sunat Tarawih, tadarus Al-Quran, iftar jamaie (berbuka puasa secara berjemaah), sedekah dan banyak lagi.
Namun, suasana Ramadan tahun ini pastinya tidak akan sama dengan tahun-tahun lepas, kerana kita semua ditakdirkan menghadapi pandemik COVID-19 di seluruh dunia hingga mengubah banyak rutin normal, termasuklah pada ibadah puasa sendiri.
Bagi rakyat Malaysia, sesuatu yang agak menyedihkan buat kita kerana mulai malam ini, tiada lagi solat sunat Tarawih di surau, tiada lagi acara berbuka puasa beramai-ramai, tiada lagi bazar Ramadan dan segala ‘kemeriahannya’ terpaksa ditunda sementara.
Segalanya adalah demi keselamatan awam; kesihatan dan nyawa jutaan manusia agar tidak dijangkiti COVID-19.
Bagaimanapun, di Indonesia baru-baru ini, sekumpulan anggota Briged Mobil (Bergerak) – Brimob membuat satu rakaman persembahan nyanyian ala-ala busking dengan membawakan lagu Marhaban Ya Ramadan, nyanyian asal oleh pendakwah dan penyanyi Indonesia, Opick.
Menarikya, beberapa baris lirik lagu tersebut telah diubah dengan memasukkan kata-kata nasihat berkenaan COVID-19.
“Marhaban Ya Ramadhan, Di Rumah Saja”
Menurut laporan Detik News, Komisaris Polisi (Kompol), Nur Ichsan, Danyon C, Pelopor Brimob Polda Sulawesi Selatan (Sulsel) berkata, rakaman video tersebut dibuat semata-mata hanya sebagai satu bentuk usaha kesedaran menyeru masyaraka sedar dan bersama-sama tmelawan penyebaran COVID-19.
“Kebetulan waktunya (COVID-19) adalah pada menjelang Ramadan, kami pilih lagu Opick ini untuk digubah liriknya agar masyarakat tetap duduk di rumah saja dahul demi mencegah penularan pandemik COVID-19 ini.
“Kami juga berharap masyarakat boleh bersabar menghadapi situasi yang sulit ini,” jelasnya kepada pemberita Detik pada Sabtu.
Mari sama-sama kita tonton dan hayati persembahan nyanyian lagu Marhaban Ya Ramadhan, Di Rumah Saja di video ini:
Sumber: Detik News, Facebook