Seorang pekerja di sebuah kedai mengalami detik-detik yang menakutkan apabila diacukan pistol oleh seorang perompak dalam kejadian pada Selasa lalu, lapor Daily Mail.
Menerusi video yang telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV), insiden yang berlaku di sebuah kedai di Cannon Street, London itu menyaksikan seorang lelaki yang memakai pakaian hitam dan pelitup muka telah masuk ke dalam kedai itu sebelum mengeluarkan pistol dari jaketnya dan mengancam pekerja di kedai itu.
Pekerja yang terkejut dan ketakutan dilihat menjerit dan cuba melawan perompak tersebut dengan membaling kotak berisi coklat ke arahnya.
Sebelum mengacukan pistol, perompak tersebut bertanya kepada pekerja itu mengenai satu beg hitam.
“Hello, awak ada beg hitam,” katanya.
Sepanjang pergelutan di antara mereka, lelaki itu dilihat terus mengacukan pistol ke arah pekerja kedai tersebut sebelu berjalan ke arah pintu.
Bagaimanapun, pihak polis masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian itu.
Sumber: Daily Mail