
Jika anda pernah tertanya-tanya bunyi sebenar musang, persoalan anda bakal terjawab hari ini.
Biarpun wajahnya agak garang, ternyata haiwan liar ini mempunyai suara yang comel ketika ‘ketawa’.
Dalam video dikongsikan Mollyfprince di laman Twitter, kelihatan beberapa ekor musang ‘terhibur ketawa’ apabila digeletek seorang individu dipercayai tuan mereka.
Haiwan-haiwan ini juga kelihatan manja dan seolah-olah minta dibelai oleh wanita itu.
Video berkenaan telah mendapat lebih 12 juta tontonan dengan lebih 400 ribu tanda suka.
Video itu membuatkan orang ramai terhibur dan berharap agar dapat memiliki haiwan itu sebagai peneman.
Bagi salah seorang netizen pula, dia menyamakan ketawa musang itu seperti bunyi ayam.
Jika ini benar, mungkin juga inilah sebabnya pepatah Inggeris mengatakan, sly like a fox yang bermaksud licik seperti musang.
Sumber: Mollyfprince