
Perlawanan Ligue 1 antara Nice dan Marseille terpaksa ditangguhkan sebelum dibatalkan selepas salah seorang pemain bola sepak terkenal, Dimitri Payet mencampakkan semula botol minuman ke arah penyokong sehingga menjadi punca pergaduhan.
Satu rakaman menunjukkan Payet diserang oleh penonton yang mencampak botol air dari arah belakangnya berhampiran di penjuru padang.
Bintang terkenal Marsielle itu kemudian bertindak melemparkan semula botol tersebut ke penyokong sebelum berlaku pergaduhan antara penyokong mencampakkan objek ke arah pemain lain.
Sehubungan daripada itu, para penonton bertindak turun ke padang perlawanan dan mencetuskan hura-hara sehinggakan pengadil telah membuat keputusan untuk menangguhkan perlawanan tersebut sambil pihak keselamatan memulihkan keadaan itu.
Justeru, kedua-dua pihak pasukan telah di bawa ke bilik persalinan untuk menyambung semula perlawanan, namun masih terdapat penyokong yang tidak keluar dari padang tersebut sehinggakan pengadil membuat keputusan untuk menghentikan perlawanan pada hari itu.
Bagaimanapun, dalam satu laporan menunjukkan dua orang pemain Marseille mengalami kecederaan pada leher akibat pergaduhan tersebut.
Sumber: Stadium Astro, Givemesport