Seorang lelaki yang berada dalam pesawat sempat merakamkan aksi seorang penumpang lain yang menggunakan kaki untuk menyemak pilihan menu pada skrin di tempat duduk.
Erik Olvera dari Alabama, Amerika Syarikat, mengkritik aksi wanita itu yang berseluar jeans dengan menyifatkan ianya sebagai ”perkara paling menjijikkan” yang pernah dilihatnya sepanjang dia menaiki penerbangan.
Perkara tersebut menjadi tular dan meraih lebih dua juta tontonan setelah dia berkongsi video tersebut di laman Twitternya ketika berada di dalam penerbangan Delta.
”Saya selalu terbang, dan ini adalah perkara paling menjijikkan yang pernah saya lihat dalam pesawat.
”Sila bawa tisu anti bakteria,” tulisnya.
Namun, ada di kalangan netizen yang memberi respon dengan bertanya mengenai sama ada penumpang wanita itu merupakan golongan orang kurang upaya (OKU) atau tidak menggunakan tangannya.
Tetapi, Erik segera memberi penjelasan dengan berkata, bahawa tangan penumpang itu berada dalam keadaan baik malah dia turut membawa bagasi mahal ke dalam pesawat.
Sumber : Mirror UK