Makhluk asing akan mendarat di bumi esok pada peringkat pertama perang antara galaksi, kata ‘pengembara masa dari tahun 2714’.
Sebuah akaun di TikTok yang mendakwa dirinya dari masa hadapan menyatakan mereka tahu bahawa makhluk asing akan mendarat di bumi semasa hujan meteor Perseid.
Akaun TikTok yang bernama aesthetictimewarper menyatakan bahawa pada hari Rabu, 11 Ogos, makhluk asing akan mendarat di bumi ketika bumi melewati bahagian paling padar dari Perseids.
Pengembara masa yang tidak dikenali itu menegaskan bahawa mereka berasal dari tahun 2714, dan menyatakan bahawa ‘sesuatu yang luar biasa’ akan berlaku hari ini – yang berkatian dengan peperangan yang akan bermula pada tahun 2025.
Dalam klip video itu, akaun tersebut menulis: “Ya, saya adalah pengembara masa yang sebenarnya datang dari tahun 2714. Sesuatu yang luar biasa akan berlaku pada 11 Ogos 2021.
“Akan ada hujan meteor yang sangat besar yang akan terjadi selama dua minggu, ianya akan terlihat dari hemisfera utara, yang mengandungi mesej Nozic.
“Salah satu meteor akan tampak berbeza dari yang lain, ianya kerana sebuah kapal sedang mendarat di bumi, untuk memulakan persiapan Perang Nozik yang pertama.”
Akaun TikTok itu juga turut mendakwa dalam perkongsian lain bahawa perang misteri ini akan bermula pada tahun 2025.
Dalam perkongsiannya yang lain, akaun TikTok tersebut meramalkan bahawa Atlantis akan dijumpai pada tahun 2022, makhluk asing akan menyusup masuk ke dalam pemerintahan kerajaan pada tahun 2023, dan penjajahan planet Marikh akan bermula pada tahun 2028.
Sudah dijangka, ramai orang yang berasa skeptikal dengan mesej terbaru itu dan menyatakan kehairanan mereka berkenaan mengapa mereka tidak hanya merujuk kepada hujan meteor Perseid – yang selalu terjadi pada masa yang sama setiap tahun.
Seorang warganet menulis: “Tidak ada satu pun yang dikatakannya menjadi kenyataan. Beritahu kami sesuatu yang benar.”
Seorang lagi memberi komen: “Bagaimana kalau lelaki ni tunjukkan pada kita semua rupa dirinya yang sebenar?”
Sumber: Mirror